Mengenai Kami

Kenali Argrow Farm

“Makanan Kita, Tanggungjawab Kita”

Ditubuhkan pada Mei 2023 di bawah jenama Argrow, Afdal Rezeki Sdn Bhd merupakan syarikat penternakan di Malaysia yang memberi fokus kepada pembiakan biri-biri premium, baka Blackhead Dorper, serta pembangunan ekosistem penternakan yang lebih moden dan tersusun.

Bermula dengan pasaran Aqiqah, Qurban dan komersial, Argrow Farm kini berkembang menjadi penyedia penyelesaian penternakan yang lebih menyeluruh, merangkumi pengurusan ladang, bekalan halal, pembangunan komuniti dan pengalaman agro.
Kami bukan sekadar menternak.

Kami sedang membina satu ekosistem agro yang lebih dipercayai, mampan dan dekat dengan masyarakat.

Visi Kami

Untuk menjadi peneraju yang dipercayai dalam ekosistem ternakan moden dan halal Malaysia, memperkukuh ketahanan makanan negara melalui pengurusan profesional, integriti halal, penyelesaian berasaskan teknologi, dan pemberdayaan komuniti.

Misi Kami

Menyediakan perkhidmatan pengurusan ternakan yang profesional, tersusun, dan patuh syariah untuk keperluan Aqiqah, Qurban, serta bekalan komersial merentas pelbagai spesies ruminan.

Membangun dan mengembangkan ekosistem ternakan bersepadu melalui program-program utama seperti Berek Birri™ , mengurangkan halangan penyertaan dalam pemilikan ternakan sambil memastikan kecemerlangan operasi.

Memaksimumkan nilai sepanjang rantaian bekalan ladang ke hidangan melalui pembangunan produk dan perkhidmatan halal hiliran, termasuk stok Ready-to-Eat (RTE), katering, dan pengilangan OEM.

Menjunjung tadbir urus halal, kebajikan haiwan, dan pematuhan regulasi melalui kerjasama strategik bersama badan-badan bertauliah, persatuan industri, dan institusi akademik.

Melahirkan modal insan yang mahir, berdisiplin, dan bersedia untuk industri melalui latihan berstruktur, seminar, dan inisiatif pendidikan agro secara hands-on.

Mempromosikan agro-pelancongan, penglibatan awam, dan pembelajaran berasaskan pengalaman di Argrow Farm, menghubungkan semula komuniti dengan pengeluaran makanan dan amalan pertanian lestari.

Pendekatan Kami

Kami menggabungkan tiga elemen utama dalam ekosistem Argrow Farm:

Penternakan Moden

Pengurusan ladang yang sistematik dengan fokus kepada kualiti, kesihatan dan pematuhan halal.

Pembangunan Komuniti Agro

Membuka ruang kepada individu dan komuniti untuk terlibat secara langsung dalam industri penternakan.

Pengalaman Agro Yang Bermakna

Menjadikan ladang sebagai ruang pembelajaran dan pengalaman melalui aktiviti agro-rekreasi dan pendedahan industri.

Individu Di Sebalik Argrow Farm

Komandan Birri

En. Mohamed Adib Bin Abdul Razak

Veterinary & Biosecurity Division

Dr. Muhammad Faiz Bin Jaafa

Komandan Birri

En. Mohamed Adib Bin Abdul Razak

Psychological Operations Unit

Marsya Dhania Binti Mazri

Field Trooper

Ajil

Livestock Operator

Fendi